Gempar...Pelajar Universiti Kelar Leher Pensyarah Sehingga Maut, Ini Puncanya



Assignment atau  tesis yang menjadi tugasan kepada pelajar universiti akhirnya menjadi punca pembunuhan di sebuah universiti di Indonesia.

Kejadian kejam ini berlaku di Indonesia apabila seorang pensyarah meninggal dunia setelah lehernya dikelar oleh pelajarnya yang tidak berpuashati.


Kes ini berlaku di Universiti Muhammadiyah (UMSU) di Sumatera Utara, Indonesia.

Mangsa bernama Profesor Dr Hj Nur'ain Lubis, merupakan seorang pensyarah berumur 57 tahun di Fakulti Pendidikan, dalam Jabatan Bimbingan dan Kaunseling.

Kejadian bermula apabila Prof Nur'ain dan seorang pelajarnya, Roymardo Sah Siregar, 21 tahun berbalah kerana tesis yang dibuat oleh Roymardo.

Setelah pergaduhan berakhir, Prof Nur'ain kemudiannya pergi ke tandas.

Tersinggung daripada perbincangan tersebut, Roymardo bertindak mengelar leher Prof Nur'ain sebelum dia dilaporkan menjerit dan rebah di atas lantai

Beliau telah diserang di depan bilik air kampus Bangunan B, sejurus selepas meninggalkan tandas.

Roymardo didakwa bersembunyi di dalam tandas berkenaan bagi mengelak bertemu orang ramai yang tunggu di luar. Kemudian pihak polis datang menangkapnya.

Motif pembunuhan akhirnya didedahkan oleh Roymardo sendiri. Menurutnya, Prof Nur'ain sering kali memarahinya dan mengugutnya tidak lulus dalam subjek yang dipelajari.

Sumber berkata Roymardo memang sudah bersedia dengan membawa sebatang pisau dari rumah sebelum bertemu pensyarahnya itu.

Niatnya untuk membunuh Prof Nur'ain sudah tertanam sejak sekian lama apabila kerap kali dimarahi dan dihalau keluar kelas.

Kini, Roymando serta merta dibuang dari universiti dan kes ini sedang dibicarakan. 
beritamemey